Assalamualaikum & salam sejahtera,
Saudara mungkin kenal beliau sebagai seorang designer, namun di sebelah bahagian yang lain beliau merupakan seorang remaja dewasa yang sama seperti saudara. Di dalam dunia realiti, beliau tetap juga seorang pelajar dan sesuatu yang tak boleh dielak, 'Menggunakan perkhidmatan talian bimbit macam orang gila (baru bercinta~) setiap bulan'.
Jika saudara anggap beliau pasti tidak pandai mengendalikan hal seperti ini, melakukan banyak pembaziran dan menelefon sesuka hati tanpa memikirkan tanggungan bil kelak, maka jawapannya adalah YA!
Namun selepas menerima kegagalan inilah beliau mula mempraktikkan tips-tips mudah dan berkesan ini untuk berjimat ketika menggunakan talian telefon bimbit.
Tidak terhad kepada pengguna Prabayar, tips-tips menarik untuk dipraktikkan pengguna Pascabayar juga ada disertakan kerana beliau merupakan pengguna perkhidmatan kedua-dua jenis talian.
Saudara mungkin menemui beberapa tips yang mungkin telah banyak kali diperkatakan TETAPI mengapa sehingga kini, saudara masih belum menggunakan teknik berkesan tersebut. Ketahuilah, pengarang (Joe) sudah pun menggunakannya dan tiba masanya beliau meyakinkan saudara semula untuk bertindak menggunakan teknik tersebut sekarang juga!